Korea Plaza KL dan Baucar Buku 1 Malaysia

Korea Plaza - display

Pameran di Korea Plaza KL

Akhirnya sampai juga ke Korea Plaza KL di Menara Hap Seng. Terima kasih ye kawan-kawan kelas Bahasa Korea yang mengajak saya ke sini. Hehe.

Sebab masing-masing dah sepakat nak naik public transport, maka tunggu di stesen monorail Raja Chulan je la. Dari stesen monorail tu boleh jalan kaki je ke Menara Hap Seng.

Korea Plaza - DVD Display

Koleksi DVD drama Korea. Siap ada yang Director's cut punya. :O

Korea Plaza KL ni takde la besar mana. Tapi kitorang bertiga memang berseronok di sana mencuba semua pakaian tradisional dan juga pakaian musim sejuk yang disediakan. Kemudian, apa lagi? Bergambar la. Hehe.

Korea Plaza - Tradisional Clothes

Tak dapat pakai hanbok yang perempuan punya, yang lelaki punya pun jadi la.

Sebenarnya selain berseronok di sini, ada niat lain pergi ke Korea Plaza KL ni. Saja datang jenguk suasana di Korea Plaza ni sebab hari Jumaat ni saya akan mula belajar bahasa Korea di sini selama 3 bulan. Takde la jakun pula nanti kan.

Bergambar-gambar satu dua, dah rasa lapar. Serius lapar sebab tak makan dari pagi. Terus pergi Times Square, konon nak makan 한식 (hanshik).

Memang makan hanshik pun. Hehe

Nak makan 볶음밥 (bokkeumbap) tapi takde pula. Tibai la makan apa yang ada. Kitorang pesan 김치 라면 (kimchi ramyeon) dan 파전 (pa jeon) juga.

Perut dah kenyang, singgah Borders Bookstore untuk menghabiskan Baucar Buku 1 Malaysia RM200. Banyak manalah buku yang boleh beli pakai RM200 tu. Apa pun terima kasih la kerajaan bagi  baucar tu. Beberapa jam di Borders inilah hasil pembelian harini.

Baucar Buku 1 Malaysia

Buku komputer 1, buku gitar 1, kamus korea 1

Bila pakai baucar buku 1 Malaysia tu di Borders dengan jumlah RM100 dan ke atas, boleh dapat kad keahlian selama 2 tahun secara percuma dan juga baucar minuman 12oz Starbucks.

Sekian. Selamat malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. Kelas Korea (2)
  2. 2AM in Malaysia: Part 1
  3. 2AM in Malaysia: Part 2

About Hxnis

Born under Cancer sign. Float A&W is delicious. So into Korean stuff. I can play basic guitar chords or capo might be very helpful. Currently in IT field.
Korea , , , , , ,

6 responses to Korea Plaza KL dan Baucar Buku 1 Malaysia


  1. emmayeppo

    hai….
    Salam perkenalan… baca blog awak rasa seronok la plak..
    nak tanyer awak ambil kursus bahasa Korea kat Korean Plaza..
    berapa yuran di kenakan & hari ape??

    • hai. terima kasih sebab blog ni pun dah macam terabai sikit.
      kursus bahasa korea kat korea plaza adalah PERCUMA.
      tiada sebarang yuran dikenakan kecuali bayaran duit buku teks (RM15).
      Hari tu boleh tengok kat Korea plaza punya website. Boleh pilih hari yang kita nak ikut level class.
      Kelas cuma sekali seminggu selama 3 bulan.

  2. Shariahahmad

    Saya ingin belajar bahasa Korea

  3. enzo

    btul ke free?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge